Ini boleh dikatakan kaedah termudah dan pilihan mendepositkan dana ke akaun dagangan anda. Pembayaran melalui Kad Kredit secara online adalah jalan penyelesaian pemprosesan deposit yang biasa digunakan oleh para pedagang. Ia bukan sahaja merupakan gerbang pembayaran, ianya selamat, dipercayai, serta diiktiraf di peringkat antarabangsa. XGLOBAL Markets menerima semua Kad Kredit termasuk MasterCard, Visa dan Visa elektron. Tempoh masa pemprosesan adalah serta-merta.
Dahulu dikenali sebagai Moneybookers, adalah merupakan pembekal pembayaran elektronik tetap yang menjadi kegemaran bagi transaksi kewangan secara online. Sebagai salah satu sumber yang dipercayai dalam sistem pembayaran dompet digital, ia mengekalkan keselamatan yang ketat dalam kesemua aspek dengan reputasi terbaik serta disokong oleh Pihak Berkuasa Pengawalan Kewangan. Proses pendaftaran adalah mudah dan pemindahan dipermudahkan hanya dengan e-mel.
Dengan menawarkan pelbagai pilihan pembayaran, NETELLER telah berkembang popular di kalangan Broker Forex. Ia disokong oleh Pihak Berkuasa Pengawalan Kewangan bagi peraturan-peraturan wang elektronik. Kesemua urus niaga diproses serta-merta.
Untuk mendepositkan dana dalam akaun dagangan anda dengan pantas dan mudah.
Klik di sini untuk membuka akaun dagangan sebenar
Klik pada pilihan Deposit yang berada di sudut kiri atas dalam bahagian log masuk anda
Pilih pilihan Deposit yang anda ingin gunakan
Masukkan jumlah yang dikehendaki untuk didepositkan
Ikuti arahan pada skrin untuk melengkapkan transaksi anda dengan selamat
Dana akan dikreditkan ke dalam akaun dagangan anda dengan segera
Menggunakan pilihan deposit secara online dengan XGLOBAL Markets adalah selamat dan terjamin. XGLOBAL Markets menggunakan pelbagai sistem keselamatan – Pengesahan bagi butiran anda disulitkan supaya ia kekal selamat pada setiap masa. Kami mengutamakan perlindungan data dan rahsia pelanggan.
Untuk Bank Wire Transfer, anda hanya perlu memilih pilihan deposit melalui Bank dalam ruang keahlian anda. Anda akan dibekalkan dengan satu borang yang memaparkan kesemua maklumat perbankan yang diperlukan untuk melengkapkan transaksi anda. Ia biasanya mengambil masa dua hingga tiga hari waktu bekerja untuk dana sampai dan apabila dana muncul dalam akaun bank ia akan dimasukkan ke dalam akaun dagangan anda dengan segera.